KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025. Akta tersebut diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 3 Februari hingga 25 Mac lalu. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Akta berkenaan digubal bagi mengadakan peruntukan perkara yang berkaitan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan…