PONTIAN: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Meskipun kehilangan kaki kanan awal tahun ini, semangat Zulkarnain Omar, 37, untuk terus berdikari tidak pernah luntur. Zulkarnain yang menetap di Kampung Pulai Sebatang di sini, berkata, beliau menjalani pembedahan memotong kaki kanan pada 31 Januari lalu akibat kerosakan teruk pada tulang selepas terlibat dalam kemalangan ngeri sewaktu berusia 21 tahun. Katanya, akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan parah termasuk patah…