KUANTAN: Seorang usahawan wanita tempatan membuktikan bahawa usia lewat bukan penghalang untuk menceburi bidang perniagaan kraf yang unik serta sarat nilai seni dan kelestarian alam. Wan Nor Azizah Wan Derahman, 55, dari Taman Cenderawasih di sini berkata, beliau mengorak langkah dalam industri kraf tekstil berasaskan bahan semula jadi melalui teknik cetakan kreatif bermula usia 40 tahun. Katanya, sejak mengusahakan perniagaan itu 15 tahun lalu, dia menghasilkan pelbagai produk kraf eksklusif…










