KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi yang turut menempatkan Hotel Seri Pacific didaftarkan atas nama UMNO dalam masa sebulan. Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan sedemikian selepas merekodkan penghakiman persetujuan di antara UMNO dengan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan selaku responden, semalam. “Oleh itu, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak dan perletakhakan tanah (tindakan memindahkan hak milik) tersebut dalam tempoh 30 hari,” kata hakim itu. Pada prosiding itu, UMNO diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Norhazira Abu Haiyan. Berdasarkan draf perintah persetujuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya