PETALING JAYA: Penubuhan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara perlu menjadi titik tolak kepada usaha merombak tanggapan lapuk terhadap bidang itu yang dianggap pilihan kedua dalam pendidikan. Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata, langkah kerajaan itu tepat pada masanya bagi menyelaras semula landskap TVET secara lebih komprehensif dan berfokus. Katanya, penubuhan suruhanjaya itu bukan sahaja mampu memperkasa peranan TVET dalam pembangunan negara malah membuktikan kerajaan serius dalam menjadikan bidang berkenaan sebagai antara teras utama kemajuan negara. “Ini adalah langkah yang baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya