Tok Guru perlu kekal - Tuan Ibrahim

Tok Guru perlu kekal – Tuan Ibrahim

TUAN Ibrahim Tuan Man (kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu kekal dan dikekalkan sebagai Presiden Pas yang mana belum ada sosok bersesuaian sebagai penggantinya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyanggah dakwaan Abdul Hadi pernah menyatakan hasrat atau memberi bayangan untuk berundur  daripada jawatan berkenaan dalam satu pemukiman parti itu, baru-baru ini.

“Tidak. Yang dikatakan kononnya Tok Guru (Abdul Hadi) ada sebut dalam retreat itu, saya hadir. Sepatah pun Tok Guru tak ada sebut. Itu semua spekulasi semata-mata dan bagi kita (Pas), Tok Guru masih diperlukan. Kalau sebab orang kata beliau uzur, pemimpin ini yang diperlukan adalah pemikiran dan akalnya.

“Tok Guru ini, dunia Islam memerlukannya. Bagi saya Tok Guru perlu kekal dan dikekalkan. Kita rasa seluruh ahli Pas turut bersetuju Tok Guru perlu kekal,” katanya ketika ditemui pemberita kepada selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Sementara itu, Pas mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim direhatkan atau meletak jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan secara terbuka terhadap beberapa kes yang sedang dihadapinya pada ketika ini.

Tuan Ibrahim berkata, siasatan secara terbuka, telus dan adil tidak akan dapat dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan selagi beliau memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan serta kementerian.

“Bila kita pegang jawatan (menteri), pegawai nak siasat kita mana boleh. Ini adalah amalan biasa (rehat atau letak jawatan menteri) dan bukan benda baharu dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

“Dulu pun inilah desakan beliau (Anwar) agar mana-mana menteri yang sedang disiasat berehat dahulu bagi memberi laluan kepada siasatan secara adil. Pegawai nak siasat pun tidak bimbang atau takut,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN