Tiada unsur kronisme dalam pemilihan Kampung Angkat Madani

Tiada unsur kronisme dalam pemilihan Kampung Angkat Madani – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Kampung Angkat Madani dilaksanakan dilakukan secara telus, inklusif serta bebas daripada sebarang unsur kronisme mahupun kepentingan peribadi.

Kritieria Program Kampung Angkat Madani setiap pemimpin yang terdiri daripada Ahli Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Jabatan atau Agensi Persekutuan termasuk Ketua Polis Negara malahan boleh memilih kampung kelahiran atau tempat dibesarkan.

PDRM dalam kenyataan berkata, sebelum ini Ketua Polis Negara telah memilih dan melancarkan Kampung Angkat Madani pada tahun 2024 di Kampung Jenal, Dabong, Kelantan dengan peruntukan RM2 juta untuk menaik taraf kawasan berkenaan.

“Jadi pada tahun ini, penganjuran program itu dilaksanakan di Kampung Parit Seberang di Kuala Pilah.

“Dalam kriteria pemilihan terbabit, setiap pemimpin boleh memilih mana-mana kampung atau tempat kelahiran atau dibesarkan.

“Tidak wujud unsur kronisme mahupun kepentingan peribadi bagi memilih Kampung Angkat Madani,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memilih kampung ibunya sebagai Kampung Angkat Madani 2025 di bawah seliaannya disifatkan sebagai satu lagi bukti amalan kronisme

Baru-baru ini, Razarudin memilih Kampung Parit Seberang di Kuala Pilah, iaitu kampung ibunya, sebagai Kampung Angkat Madani 2025 di bawah seliaannya.

Beliau berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di kampung tersebut.

Menurutnya, pemilihan itu selaras dengan matlamat program yang bertujuan memperkukuh prasarana dan memenuhi keperluan asas penduduk luar bandar di kampung terpilih.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN