Palace sebelah kaki ke pentas final Liga Konferens 

Palace sebelah kaki ke pentas final Liga Konferens 

PERTAHANAN Shaktar Donetsk, Vinicius Tobias (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain pertahanan England, Tyrick Mitchell (tengah) dan pertahanan Perancis, Jaydee Canvot dari Crystal Palace dalam aksi separuh akhir pertama Liga Konferens UEFA antara Shakhtar Donetsk dan Crystal Palace di Krakow, Poland.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KRAKOW, Poland: Crystal Palace boleh dikatakan sudah sebelah kaki ke final Liga Konferens UEFA dalam musim sulung mereka di pentas Eropah selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1 pada aksi separuh akhir pertama, semalam.

Jaringan Ismaila Sarr seawal 21 saat permainan, Daichi Kamada (m-58) dan Jorgen Strand Larsen (m-84) di Poland meletakkan The Eagles dalam kedudukan selesa walaupun berdepan tentangan sengit juara liga Ukraine itu.

Shakhtar kekal kompetitif di pentas Eropah walaupun terpaksa beraksi di luar Ukraine susulan konflik berterusan dengan Russia.

Strand Larsen, yang menyertai Palace dengan rekod perpindahan kelab 48 juta pound (RM259 juta), masuk sebagai pemain gantian untuk memastikan kelebihan dua gol pada penghujung perlawanan.

“Ia satu kelebihan yang baik, tetapi belum cukup kerana masih ada satu lagi perlawanan yang bakal menentukan siapa bakal ke final namun keputusan ini memberi keselesaan kepada kami.

“Benar, pemain gantian memberi impak besar dan secara keseluruhan kami berpuas hati, tetapi ini baru langkah pertama,” kata pengurus Palace, Oliver Glasner.

Sebelum mengejutkan Manchester City pada final Piala FA musim lalu, Palace tidak pernah memenangi trofi utama.

Kini mereka menjadi pilihan untuk menambah satu lagi kejuaraan dalam tempoh setahun, dengan Rayo Vallecano atau Strasbourg menanti di final di Leipzig pada 27 Mei.

Rayo menang 1-0 ke atas Strasbourg pada satu lagi aksi separuh akhir pertama di Sepanyol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN