TH pastikan ibadah haji OKU penglihatan sempurna

TH pastikan ibadah haji OKU penglihatan sempurna

NAI’MAH Mansor membaca al-Quran Braille sambil disaksikan Mohd. Na’im Mokhtar di Hotel Land Premium, Mekah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Tabung Haji (TH) akan memastikan kebajikan 11 jemaah Malaysia golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan tahun ini dapat melakukan rukun dan wajib haji dengan sempurna ter­utama ketika berwukuf di Arafah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pada tahun ini seramai 11 OKU penglihatan dijemput untuk menjadi tetamu Allah dan telah berada di tanah suci.

“Mereka akan menerima bantuan sewajarnya daripada petugas-petugas TH. Kita tidak membezakan layanan antara jemaah sempurna fizikal dan mereka yang OKU.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, mereka ini diberikan perhatian khusus agar ibadah mereka tidak terganggu. Kita mahu semua 31,600 jemaah tahun ini memperoleh haji yang mabrur,” katanya selepas menyempurnakan Program Ramah Mesra bersama Jemaah Haji dan Pelancaran Buku Ibadat Haji Braille di Hotel Land Premium, di sini hari ini.

Buku panduan ibadah haji dan umrah Braille itu adalah hasil kerjasama antara TH, Pusat Ibnu Ummi Maktum, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persa­tuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis).

Seorang jemaah yang menerima al-Quran dan buku panduan ibadah haji dan umrah dalam versi Braille, Nai’mah Mansor, 64, berkata, penglihatannya mula merosot sejak berusia 55 tahun sebelum buta sepenuhnya dua tahun lalu.

Ujar bekas guru bahasa Inggeris ini, dia tetap reda selepas berusaha melakukan pembedahan mata kanan sebelum doktor maklumkan penglihatannya tidak akan terang seperti sedia kala.

“Saya hanya dibantu mata se­belah kiri ketika itu. Selepas pencen, kira-kira lapan tahun lalu saya masuk kelas Braille. Dari huruf ke huruf saya ambil masa enam bulan dan baca muqaddam lebih kurang setahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini