Syed Iqbal tidak serik berumah tangga - Utusan Malaysia

Syed Iqbal tidak serik berumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi yang popular dengan lagu Bastamam, Syed Muhammad Iqbal, mendedahkan sebelum ini pernah berkahwin sekitar empat tahun lalu.

Namun, kongsinya, perkahwinan tersebut tidak bertahan apabila kedua pihak mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2023.

“Ya, saya berkahwin pada 2022 tetapi jodoh tidak berkekalan dan kami berpisah pada tahun seterusnya.

“Saya dan bekas isteri sudah tidak lagi berhubung tetapi adakalanya kami saling terserempak kerana keluarga kami saling mengenali.

“Setiap orang ada kehidupan masing-masing tapi saya pilih untuk simpan perkara ini untuk menjaga privasi,” katanya yang ditemui pada pelancaran lagu Bastamam petang tadi.

Mengulas lanjut, penyanyi yang juga pendakwah bebas itu buat masa ini memilih untuk menumpukan perhatian terhadap perkembangan karier.

“Tiada istilah serik berkahwin lagi dan tak ada lelaki yang tak mahu berkahwin.

“Insha-Allah, saya akan kembali berumah tangga apabila sampai waktunya. Saya ikut sahaja aturan Allah.

“Buat masa sekarang saya ingin fokus kepada kerjaya dan mencari rezeki,” kongsinya.

Pemilik nama penuh Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil itu pada masa sama turut menjelaskan mengenai status hubungan dengan pempengaruh, Myra Zainal.

“No comment. Biarlah perkara itu menjadi rahsia dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, saya single but not available.

“Banyak perkara yang perlu saya rahsiakan, termasuklah umur sendiri dan individu yang bakal menjadi pasangan saya kelak,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN