BANGI: Syarikat atau pemilik syarikat pengangkutan perlu bertanggungjawab atas kecuaian perkhidmatan yang ditawarkan dengan tidak seharusnya menuding jari kepada pemandu semata-mata. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, meskipun cadangan beliau agar kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi memasukkan kesalahan kematian cuai korporat sebagai pandangan peribadi, namun perkara itu amat penting demi nyawa rakyat negara ini. Beliau berkata, cadangan tersebut bukanlah pendirian kerajaan,…










