Syarikat lori nahas FRU langgar syarat permit

Syarikat lori nahas FRU langgar syarat permit

MUHAMMAD Kifli Ma Hassan dalam sidang media selepas Operasi Khas Motosikal Sempena Op Hari Raya Aidiladha di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasil siasatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati syarikat lori terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak melanggar syarat permit apabila membawa muatan tidak dibenarkan.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, lori tersebut sepatutnya membawa arang batu tetapi mengandungi muatan batu kerikil.

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan telah melanggar syarat permit apabila membawa muatan yang tidak dibenarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya lori itu membawa arang batu tetapi telah memuatkan batu kerikil. Ini adalah bahan yang tidak dibenarkan. Lori berkenaan telah pun disita,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Motosikal Sempena Op Hari Raya Aidiladha di Jalan Kuala Krai di sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, trak FRU yang membawa 18 anggota menuju ke Ipoh selepas selesai bertugas di Teluk Intan bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu dalam satu kejadian menyayat hati pada 13 Mei lalu.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sementara beberapa lagi cedera dan dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata, kertas siasatan nahas itu akan disiapkan pada hujung bulan ini dan kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Saya telah mengarahkan pegawai penyiasat menyiapkan kertas siasatan itu dalam masa sebulan.

“Kita (JPJ) buka kertas siasatan berkaitan kes tersebut mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 (akta 715),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini