JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dipercayai menjadi stor simpanan minyak di Taman Megah Ria di sini terbakar tengah hari tadi. Difahamkan, penduduk di kawasan Jalan Kempas 7 yang berjarak kira-kira 50 meter daripada lokasi kebakaran telah diminta mengosongkan kediaman masing-masing. Bekalan elektrik ke kawasan perumahan tersebut juga telah ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. Pemantauan dibuat pemberita dari pukul 2 petang mendapati berlaku beberapa letupan kecil, selain kelihatan…










