Siapa lagi mahu temankan kalau bukan pasangan masing-masing? - Utusan Malaysia

Siapa lagi mahu temankan kalau bukan pasangan masing-masing?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sweet Qismina berpendapat tindakannya yang selalu ‘berkepit’ dengan suaminya, Adam Lee tidak seharusnya dipandang negatif.

Kata pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, malah perkara itu sepatutnya dijadikan amalan dan kemestian antara suami isteri.

“Isteri selalu teman suami, atau suami selalu teman isteri bukan isu. Siapa lagi mahu temankan kalau bukan pasangan masing-masing?

“Sebagai isteri, saya sekadar menjalankan tanggungjawab.

“Dan saya tak kisah kalau ada pihak yang berpandangan negatif mengenai hal ini,” katanya yang ditemui pada Tayangan Perdana Filem Balas Balik, baru-baru ini.

Kata pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia dan suaminya amat selesa berada di samping satu sama lain pada setiap masa.

“Kami habiskan masa terluang bersama-sama. Saya, kalau tak ada acara di luar, lebih selesa berada di rumah.

“Jadi kami memang tak ada masalah untuk selalu mendampingi satu sama lain,” kongsinya.

Untuk rekod, Sweet sah bergelar isteri Adam pada 2022. Mereka disatukan dalam majlis tertutup di Boathouse, Ampang.

Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN