Sukan SEA 2027: Malaysia rancang penganjuran terbaik

Sukan SEA 2027: Malaysia rancang penganjuran terbaik

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan memastikan persiapan sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027 dilaksanakan secara menyeluruh, terancang dan berwibawa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan sekadar dari sudut prasarana dan penganjuran semata-mata tetapi dalam membina ekosistem sukan yang mampan serta melahirkan bakat berkelas dunia.

“Lebih daripada itu, sukan adalah wadah penyatuan rak­yat yang menyatukan kita merentas kaum, wilayah dan latar belakang dalam satu semangat kebersamaan serta kebanggaan nasional.

“Inilah kekuatan sebenar Malaysia yang mesti terus dipelihara dan diperkasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anwar dalam pada itu merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh kontinjen negara atas pencapaian membanggakan dalam temasya Sukan SEA Thailand yang baru berakhir.

Katanya, kejayaan negara yang membawa pulang keseluruhan 231 pingat adalah hasil disiplin tinggi, pengorbanan berterusan serta semangat juang para atlet, jurulatih dan pegawai pasukan yang tidak pernah luntur.

“Pencapaian ini wajar dijadikan pemangkin untuk terus memperkukuh persiapan menghadapi temasya sukan utama yang lain, agar Malaysia kekal berdaya saing dan disegani di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Pada temasya itu Malaysia membawa pulang keseluruhan 231 pingat, sekali gus memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur.

Berada di kedudukan keempat dari 10 negara bertanding, kontinjen negara memperoleh 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN