RM10,000 jadi rebutan Cabaran Joran Ampang

RM10,000 jadi rebutan Cabaran Joran Ampang

Joran ampang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 peserta bakal berentap merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000 dalam Cabaran Joran Ampang Jaya di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya pada Ahad ini.

Timbalan Yang Dipertua Majis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hasrolnizam Shaari  berkata, program memancing itu diharap dapat meningkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya selain  mempromosikan aktiviti Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pertandingan anjuran bersama MPAJ, Jawatankuasa Penduduk MPAJ dan Airfour Classic disokong oleh Tourism Malaysia.
“Tahun 2023, ikan patin seberat 1.795 kilogram(kg) dinobatkan juara selain spesies tilapia, patin, belida, toman, haruan, keli, ketutu serta ikan bandar raya turut dinaikkan oleh peserta.
“Lebih dua tahun tiada pertandingan memancing diadakan di sini dan berharap warga Ampang Jaya dan kaki pancing tidak melepaskan peluang untuk hadir beraksi dan berkumpul bersama keluarga di sini.
“Penambahbaikan rekreasi dan infrastruktur di Tasik Pandan Perdana merangkumi penaiktarafan trek joging dan laluan pejalan kaki selain pembinaan dua dek tinjau baharu bersebelahan tasik serta tandas awam yang lengkap.
“Menariknya, Tasik Pandan Perdana begitu dekat dengan Kuala Lumpur dan ini memberi peluang kepada kaki-kaki pancing terutama sekitar Lembah Klang untuk hadir.
Hasrolnizam berkata, sambil memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga.
“Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Ampang Jaya dengan aktiviti sihat,” jelasnya lagi
Beliau berkata, juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, naib juara (RM1,000), ketiga (RM700), keempat hingga ke-70 (RM70).
Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan konsep pertandingan adalah sapu bersih dimana semua spesis ikan dipertandingkan.
Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini mulai jam 3 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.
Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077, 012-3554946 atau 012-2846811 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN