KOTA BHARU: Pas dan Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan perbincangan awal sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung pada September atau Oktober ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas sendiri sebagai salah satu parti komponen PN turut mengadakan perbincangan awal untuk persediaan PRN itu.
“Pada 12 Jun lalu kita adakan perbincangan PN peringkat negeri Sabah untuk memperkukuh organisasi. Kita juga berharap untuk memperkukuh jentera setiap parti komponen termasuk Pas sendiri,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini. – UTUSAN










