Polis rakam keterangan pengendali, pemandu bas pandu melulu

Polis rakam keterangan pengendali, pemandu bas pandu melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan sedang dijalankan terhadap sebuah bas ekspres yang didakwa memandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan seperti tular, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, JSPT Kulai sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

“Pemandu terbabit dan pengendali bas itu sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak berkompromi dengan kesalahan lalu lintas dan turut memberi jaminan tindakan sewajarnya sedang diambil.

“Memandu secara melulu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman memaparkan bas berkenaan yang dilihat menyalahgunakan lorong kecemasan dan turut memotong ke beberapa lorong secara berbahaya.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dilaporkan menggantung lesen operasi sebuah syarikat bas selama 30 hari susulan insiden tular baru-baru ini membabitkan pemandunya yang didakwa memandu laju dan memandu secara berbahaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN