KUALA LUMPUR: Pemodenan dan urbanisasi yang pesat menjadi antara punca utama perubahan drastik dalam pola pemakanan rakyat Malaysia, sekali gus menyumbang kepada peningkatan mendadak penyakit tidak berjangkit (NCD). Penasihat Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Prof. Jomo Kwame Sundaram berkata, perubahan gaya hidup moden menyebabkan makanan segar seperti ulam dan sayur-sayuran jarang muncul dalam hidangan harian, terutama dalam kalangan penduduk bandar. Beliau turut memberi contoh perubahan ketara dalam kalangan masyarakat…










