PKNS, MBSA meterai MoU bangun SA Sentral

PKNS, MBSA meterai MoU bangun SA Sentral

SA Sentral
MAHMUD Abbas (kanan) berjabat tangan dengan Mohd. Fauzi Mohd. Yatim pada Majlis Tandatangan MOU antara PKNS dann MBSA bagi pembangunan projek SA Sentral, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini bagi membangunkan projek Shah Alam Sentral (SA) Sentral.

Pemeteraian tersebut merangkumi pengukuhan kerjasama dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penyelarasan pembangunannya yang lebih strategik dan seiring dasar serta garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas, perjanjian dimeterai untuk tempoh lima tahun mencerminkan iltizam berterusan kedua-dua pihak dalam merencana pembangunan Shah Alam secara lebih mampan.

“Ketika ini, kita sedang membina Aneka Walk, yang mana dalam kawasan tersebut kita merancang untuk menempatkan peniaga-peniaga yang mana pengunjung boleh datang untuk berurusan.

“Di situ kita juga akan mengadakan pesta kebudayaan, muzik dan sebagainya. Di bahagian luar pula kita akan letak pengusaha-pengusaha daripada unit pembangunan usahawan PKNS untuk belajar berniaga sebelum diberi ruang sebagai usahawan dalam Kompleks PKNS,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tandatangan MOU antara PKNS dan MBSA.

Tambahnya, projek tersebut dijangka siap dan mula beroperasi pada akhir tahun ini.

Mahmud berkata,projek Aneka Walk tersebut sudah berada pada fasa terakhir untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi hujung tahun ini.

Sementara itu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd.Yatim memberitahu, menerusi MOU itu, pihaknya yakin untuk memastikan pembangunan SA Sentral dapat berjalan dengan lancar.

“Dalam MOU ada menyatakan penubuhan jawatankuasa khas untuk membincangkan dan memudahkan segala perancangan dan pembangunan SA Sentral melibatkan aspek seperti ‘zoning’, kaedah pembangunannya dicapai dan segala yang melibat kepentingan kedua pihak.

“Saya berharap dengan kerjasama itu, kita dapat melaksanakannya dengan baik. Kita permudah da pastikan SA Sentral dapat dijelmakan sebagaimana yang dirancang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN