Pemandu lori tidak mengaku cabul anak tiri

Pemandu lori tidak mengaku cabul anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul anak perempuan tirinya di rumah mereka, di sini kira-kira tiga minggu lalu.

Tertuduh berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun tujuh bulan di dalam bilik sebuah rumah di sini, kira-kira pukul 8 pagi pada 6 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Kamarul Hasyimie tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan terbabit melibatkan jenayah seksual kanak-kanak. 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×