PBAKL 2025 catat hampir 2 juta pengunjung

PBAKL 2025 catat hampir 2 juta pengunjung

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk hadir pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang melabuh tirainya semalam mencuri tumpuan apabila pengunjung ralit meneliti koleksi arkib lama akhbar arus perdana negara Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di reruai Media Mulia.

Malah acara berlangsung 23 Mei lalu hingga semalam menerima hampir 2 juta pengunjung, meningkat berbanding 1.8 juta pengunjung pada penganjuran PBAKL sebelum ini.

Menurut pengunjung, Ahmad Rosali, 55, dia turut menunjukkan minatnya terhadap arkib yang dipertontonkan di reruai Media Mulia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dahulunya selalu membaca akhbar Utusan Malaysia. Apabila berada di depan mata memang buat saya teruja.

“Saya turut berbangga dengan akhbar Utusan Malaysia yang masih berdiri megah walaupun dikategorikan sebagai akhbar yang sudah lama,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Reruai Media Mulia turut mempamerkan koleksi edisi pertama akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi, gambar-gambar eksklusif arkib nasional serta buku-buku yang diterbitkan.

PBAKL Ke-42 bertemakan ‘Buku: Membaca dan Memimpin’ berlangsung menyaksikan penganjuran terbesar dalam sejarah dengan 1,172 reruai dan 258 pempamer mengambil bahagian termasuk 28 pempamer antarabangsa daripada negara ASEAN, Iran, United Kingdom (UK) serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pada itu, Khairunnisa Hashim, 49, berkata, kunjungannya ke PBAKL pada awalnya hanya bertujuan untuk mencari keratan akhbar lama sempena ulang tahun kelahiran kakaknya pada tahun 1972.

Namun, kunjungan itu bertukar menjadi pengalaman penuh kenangan apabila dia leka meneliti helaian demi helaian akhbar lama yang memaparkan pelbagai kandungan berita, iklan dan gambar yang mencerminkan gaya hidup masyarakat terdahulu.

“Saya lahir pada tahun 1976, jadi saya cuba mencari berita sekitar tahun itu. Saya dapat melihat perbezaan ketara kandungan akhbar dahulu berbanding sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini