KUCHING: Masalah ‘nose landing gear’ dikenal pasti menjadi punca insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi. Mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu, Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi melibatkan pesawat CN235-220M. “Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching tersebut telah mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan ketika selesai…










