Lembu sado bernilai RM25,000 ditempah untuk ibadah korban

Lembu sado bernilai RM25,000 ditempah untuk ibadah korban

MUSTAFA Mohd. Hassan menyiram air pada lembu sado di ladangnya di Batu 8 Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Bukan seekor tetapi seorang penternak lembu di sini mempunyai 16 ekor lembu sado dengan harga jualan mencecah sehingga RM25,000 seekor yang sudah ditempah untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Lembu sado itu merupakan antara 600 ekor ternakan Mustafa Mohd Hassan, 55, di  ladangnya di Batu 8 Jalan Changkat Jong di sini yang menjadi tumpuan setiap kali menjelang Aidiladha.

Menurutnya, untuk ibadah korban tahun ini, 16 ekor lembu sado yang diternaknya sudah ditempah manakala 50 ekor lembu kampung juga sudah ada pembeli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, 16 ekor lembu sado yang diternaknya mempunyai harga yang berlainan, dijual mengikut saiz.

“Lembu sado dijual pada harga berbeza daripada RM16,000 hingga RM20,000 dan yang paling mahal RM25,000 seekor, bergantung pada saiz lembu.

“Lembu sado menjadi pilihan pembeli walaupun harganya lebih tinggi berbanding lembu biasa. Seekor lembu sado hampir sama saiznya dengan tiga ekor lembu biasa,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, ada lembu sado yang beratnya hampir satu tan dan difahamkan sekurang-kurangnya tujuh orang diperlukan untuk menumbangkan lembu bersaiz besar itu untuk disembelih.

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana jualan dan tempahan lembu untuk korban pada Aidiladha tahun ini meningkat.

“Pembeli lembu untuk ibadah korban bukan sahaja dari daerah ini tetapi juga dari Putrajaya, Kuala Lumpur, Manjung dan sekitar Perak.

“Setakat ini selain 16 lembu sado, sebanyak 50 ekor lembu bersaiz biasa sudah ditempah dan tempahan dijangka meningkat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini