Kestabilan, perpaduan syarat untuk negara kekal maju

Kestabilan, perpaduan syarat untuk negara kekal maju

ANWAR Ibrahim menyampaikan sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara semalam. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kestabilan politik dan ekonomi serta perpaduan rakyat adalah adalah syarat asas kepada kemajuan sesebuah negara terutama dalam dunia yang cepat berubah dan sarat dengan cabaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perpaduan bukan pilihan sebaliknya keperluan.

Sebab itu katanya, segala usaha memperkukuh integrasi nasional akan terus diperkasa, demi memastikan tiada sesiapa pun terpinggir dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih baik.

Sebab itu katanya, Malaysia mengambil langkah strategik secara menyeluruh dan terangkum dengan melibatkan pelbagai pihak demi memastikan kestabilan ekonomi dan daya saing negara terus terpelihara.

Katanya, meskipun dunia dilanda pelbagai cabaran termasuk ketegangan geopolitik dan tarif perdagangan, tetapi ekonomi Malaysia kekal teguh dan berdaya saing.

Anwar berkata, ini kerana Malaysia menjadi antara negara terawal dan tangkas bertindak melindungi kepentingan industri, perniagaan dan kebajikan rakyat.

“Keutuhan negara tidak hanya terletak pada angka pertumbuhan semata, tetapi juga pada kekuatan daya tahan rakyat terbanyak.

Peningkatan hasil agro-tani, produk tempatan dan ketahanan industri domestik terus menjadi tonggak yang memperkukuh ekonomi.

“Dukungan tidak berbelah bahagi rakyat terhadap inisiatif ini memperlihatkan semangat kebangsaan yang tinggi dan kesedaran terhadap peri penting sikap kemandirian dalam cabaran global yang tidak menentu ini,” katanya dalam ucapan sempena Ulangtahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Anwar juga sekali menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan kekal komited melaksanakan agenda reformasi menyeluruh berpaksikan prinsip madani.

Katanya, pembangunan kebendaan semata-mata tidak mencukupi sebaliknya ia mesti diseimbangkan dengan nilai manusiawi, keadilan sosial dan karamah insaniah.

“Kemudahan awam dan perkhidmatan rakyat terus diberi perhatian. Malah, sekolah-sekolah diperbaiki, hospital dinaik taraf, jaringan pengangkutan ditingkatkan.

“Rakyat tidak hanya dijanjikan harapan, tetapi juga dibela secara nyata dan berterusan.

“Strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat terus digerakkan melalui reformasi struktur ekonomi, kemasukan pelaburan-pelaburan berkualiti tinggi, pemerkasaan usahawan kecil dan sederhana, serta pengukuhan ekosistem teknologi dan inovasi.

“Setiap anak watan harus berpeluang untuk maju, tanpa mengira latar belakang kaum atau budaya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kepengerusian Malaysia di peringkat ASEAN tahun ini juga memperkukuhkan kedudukan negara sebagai pemangkin dan peneraju diplomasi serantau.

Katanya, pendekatan tuntas terangkum yang diambil membuka ruang kerjasama pelbagai bidang termasuk perdagangan, teknologi hijau, keterjaminan makanan dan keamanan serantau.

Sementara itu Anwar berkata, Tahun Melawat Malaysia 2026 akan menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan percambahan peluang pekerjaan.

Ia bukan sekadar agenda pelancongan, tetapi juga merupakan manifestasi kecintaan terhadap tanah air, budaya dan warisan.

“Negara akan bersedia me-nerima kehadiran dunia dengan senyuman, keramahan, dan semangat kekitaan yang tulus dari setiap rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN