Joget Anak Perlis cetus sensasi di media sosial - Utusan Malaysia

Joget Anak Perlis cetus sensasi di media sosial

AHAMAD Zulazmeer Rozali (tengah) menghasilkan sebuah lagu iaitu Joget Anak Perlis yang mencetuskan sensasi di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bermula daripada rasa kecintaan terhadap negeri mendorong seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menghasilkan sebuah lagu iaitu Joget Anak Perlis yang mencetuskan sensasi di media sosial.

Ahmad Zulazmeer Rozali atau lebih mesra disapa Ammer menghasilkan karya berkenaan dengan menterjemahkan keunikan identiti masyarakat Perlis menerusi lagu berentak joget itu.

Menampilkan gabungan melodi rancak, lirik bersahaja dan penggunaan dialek tempatan, lagu berkenaan mencatat perkembangan memberangsangkan apabila
video muziknya di YouTube mencecah 17,000 tontonan sejak dimuat naik pada September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih menarik, lagu yang mula diperkenalkan menerusi platform digital sejak Ogos lalu turut digunakan dalam pelbagai video, aktiviti, majlis dan kandungan media sosial, sekali gus memperlihatkan penerimaan masyarakat terhadap karya muzik
yang mengetengahkan identiti negeri.

Ammer berkata, idea menghasilkan lagu tersebut tercetus daripada rasa kecintaan dan kebanggaannya terhadap Perlis yang mempunyai keunikan tersendiri, bukan
sahaja daripada segi keindahan alam dan suasana kehidupan, malah dialek, budaya serta cara masyarakatnya berinteraksi.

“Saya melihat Perlis mempunyai identiti yang cukup istimewa. Saya terfikir, kenapa kita tidak hasilkan sebuah lagu yang boleh menggambarkan identiti orang Perlis dalam bentuk muzik yang santai, ceria dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Paling penting, saya mahu menghasilkan sebuah lagu yang apabila orang mendengarnya, mereka terus teringat kepada Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, daripada segi penghasilan, dia bertanggungjawab dalam soal idea dan penulisan lirik, manakala proses penerbitan termasuk susunan muzik serta rakaman dilaksanakan dengan kerjasama Heizee Fizriq Harun daripada HH Studio.

Ujarnya, cabaran utama menghasilkan lagu itu bukan sekadar mencipta melodi yang sedap didengar, tetapi memastikan lirik, melodi dan rentak muzik mempunyai identiti tersendiri.

“Saya mahu elemen dialek dan gaya bahasa orang Perlis itu kedengaran bersahaja, tidak dipaksa dan mudah diingati pendengar.

“Keistimewaan lagu tersebut terserlah menerusi lirik yang mengangkat keindahan alam semula jadi Perlis, termasuk panorama sawah menghijau, suasana kampung,
pantai dan sungai yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat negeri ini.

“Alhamdulilah, karya ini dapat diterima masyarakat, khususnya warga Perlis selain turut mendapat perhatian pendengar dari negeri lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini