Pilihan raya AS musnahkan kerajaan perpaduan Netanyahu

Pilihan raya AS musnahkan kerajaan perpaduan Netanyahu

BENJAMIN Netanyahu dan Yair Lapid. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid, menyifatkan keputusan pilihan raya per­tengahan penggal Amerika Sya­rikat (AS) sebagai ­penamat kepada peluang Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, mem­bentuk kerajaan perpaduan.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Lapid me­ngaitkan keputusan pilihan raya itu dengan situasi politik di Israel, sambil menyifatkannya sebagai perkembangan tidak dijangka yang menjejaskan peluang Netanyahu untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

“Keputusan pilihan raya AS membawa kesan tidak dijangka apabila menutup segala kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang diterajui Netanyahu,” tulis Lapid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memberi amaran tindakan membiarkan Ne­tan­yahu terus memegang jawatan perdana menteri boleh mengancam keselamatan dan demokrasi Israel, selain menjejaskan kedudukan antarabangsa negara itu.

“Israel tidak mampu mem­biarkan beliau terus menjadi perdana menteri,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika Pprti Demokrat berjaya me­nguasai Dewan Perwakilan dan Dewan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal AS pada Selasa. Ia sekali gus memberi tamparan kepada Presiden AS, Donald Trump da parti Republikan.

Trump sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Netan­yahu, yang masa depan politiknya menjadi perhatian ketika usaha membentuk kerajaan baharu Israel sedang berlangsung.

Blok pimpinan Netanyahu memperoleh 53 kerusi daripada keseluruhan 120 kerusi di Parlimen. Bagaimanapun, blok tersebut gagal mendapat majoriti. Parti-parti pembangkang turut memperoleh 48 kerusi. Namun,  sebanyak 19 kerusi dimenangi oleh parti-parti Arab.

Lapid turut mendakwa Netanyahu semakin kehilangan sokongan anggota Kongres AS yang sebelum ini menyokong Israel, susulan semakin ramai senator menyokong usaha menyekat penghantaran senjata ke negara itu.

Beliau menganggarkan kira-kira 25 daripada 435 anggota Dewan Perwakilan dan kurang 10 peratus anggota Senat secara tegas menentang Israel.

“Mereka menentang keganasan peneroka, kerajaan yang tidak mereka fahami dan paling utama, mereka menentang Netanyahu. Bagi mereka, apa sahaja yang dikaitkan dengannya dianggap toksik,” tulisnya. 

Sementara itu, sebuah parti Yahudi ultra-Ortodoks yang sekian lama menjadi sekutu  Netanyahu enggan pada Khamis mencalonkan beliau untuk kekal sebagai perdana menteri Israel, ketika petanda semakin jelas bahawa pesaingnya, Gadi Eisenkot berpeluang terlebih dahulu membentuk kerajaan.

Parti United Torah Judaism, yang menyokong Netanyahu selepas lima pilihan raya sebelum ini, enggan sekali lagi mencadangkan beliau sebagai perdana menteri dalam pertemuannya dengan Presiden Israel, Isaac Herzog tetapi parti itu juga tidak menyebelahi Eisenkot.

Parti itu memaklumkan kepada Herzog bahawa“ia memutuskan untuk tidak mencadangkan mana-mana anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan, menurut kenyataan pejabat presiden Israel itu.

Ia merujuk kepada Parlimen yang mempunyai 120 kerusi dan menyaksikan United Torah Judaism memenangi tujuh daripadanya.

Parti yang mewakili ma­sya­rakat Yahudi ultra-Ortodoks ber­keturunan Ashkenazi, yang kebanyakannya berasal atau mempunyai susur galur dari Eropah dan parti Shas yang mewakili komuniti sama tetapi berketurunan Sephardic, iaitu kebanyakannya berasal dari Asia Barat serta Afrika Utara, kedua-duanya mendapat sokongan Netanyahu dalam usaha mengekalkan pengecua­lian pelajar agama daripada per­khidmatan ketenteraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini