JKDM, JPKK bergerak seiring demi rakyat

JKDM, JPKK bergerak seiring demi rakyat

AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan isyarat bagus ketika merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Perdana Sabah 2025 di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. – UTUSAN/ALLEN MAJAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) bukan untuk bersaing dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di peringkat negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kedua-dua entiti itu bergerak seiring.

Sehubungan itu beliau menepis dakwaan penubuhan kononnya JKDM adalah suatu inisiatif politik yang bertembung dengan JPKK negeri seperti di Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JKDM tidak diwujudkan untuk menggugat atau merampas ruang kuasa sesiapa. Kalau JPKK itu mata yang melihat, JKDM ialah tangan yang bertindak.

“Yang penting, kedua-dua­nya bergerak seiring demi me­nyantuni 3.7 juta rakyat Sabah,” katanya pada majlis penutup Konvensyen Pemerkasaan Ke­pimpinan Luar Bandar Madani 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Ahmad Zahid kesal dengan tindakan sesetengah individu yang menjadikan JKDM sebagai alat retorik untuk menabur curiga, dan lebih menyedihkan apabila ada yang termakan de­ngan hasutan sebegini.

Daripada bermain politik, beliau menggesa pihak terbabit memberi fokus kepada membina masa depan dan sosioekonomi rakyat Sabah, sambil menyoal mengapa ia harus ditolak jika membawa manfaat kepada rakyat.

Terdahulu Ahmad Zahid ber­kata, KKDW telah berjaya melantik seramai 2,302 anggota JKDM di Sabah, iaitu mencecah lebih 80 peratus daripada sasaran 2,853 anggota keseluruhan.

Bagi Fasa 1 tahun 2025 sahaja, sebanyak RM11 juta diperuntukkan khusus untuk elaun dan gerak kerja JKDM Sabah.

Sementara itu katanya, UM­NO menyerahkan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang dikatakan terlibat dalam kes suapan pelesenan lombong mineral di negeri ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau percaya SPRM bukan ha­nya melakukan siasatan malah mempunyai bukti dan saksi yang berkredibiliti.untuk membuat pendakwaan.

“Kalau ada dua perkara itu, maka pertuduhan boleh dilakukan. Kami memberikan kepercayaan kepada mereka.

“Dan kalau seseorang itu mempunyai saksi dan bukti untuk menolak pihak pendakwa­an, maka mereka boleh bersihkan nama mereka,” katanya.

Semalam media melaporkan SPRM menahan seorang lagi ADUN di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima ra­suah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini