PORT DICKSON: Pengalaman mengajar murid berkeperluan khas memberi ilham kepada seorang guru menghasilkan alat bantu mengajar yang dinamakan Stesen Pintar (SteP), khusus untuk murid autistik kekal fokus, aktif dan seronok ketika belajar. Guru Pendidikan Jasmani Suaian di Sekolah Kebangsaan (SK) Nilai Impian, Izzat Fadhli Hamdan, 37, berkata, alat tersebut direka bagi menggantikan penggunaan gelung rotan konvensional kepada bentuk petak modular yang boleh disambung, disusun dan diubah suai. “Biasanya murid autisme…










