Gelombang haba ragut lebih 1,000 nyawa di Perancis

Gelombang haba ragut lebih 1,000 nyawa di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak berkuasa kesihatan Perancis pada Ahad memaklumkan kira-kira 1,000 kematian direkodkan ketika gelombang haba yang memecahkan rekod baharu melanda sebahagian besar Eropah Barat sejak beberapa hari lalu.

Agensi itu berkata, kawasan yang diletakkan di bawah amaran merah akibat cuaca panas mencatatkan kesan paling buruk, dengan 85 peratus daripada kematian melibatkan individu berusia 65 tahun ke atas.

“Sejak 24 Jun, kira-kira 1,000 lagi kematian direkodkan berbanding jumlah kematian yang dicatatkan pada bulan-bulan sebelumnya walaupun angka rasmi belum dimuktamadkan,” menurut agensi Public Health France dalam satu kenyataan.

Menurut agensi itu, peningkatan paling ketara membabitkan kematian di rumah, khususnya di wilayah Ile-de-France yang merangkumi Paris dan kawasan pinggir bandarnya.

“Pemerhatian ini mengingatkan tentang pentingnya langkah-langkah solidariti terhadap individu yang hidup bersendirian atau mengalami kesunyian, termasuk di kawasan bandar yang padat penduduk,” menurut kenyataan itu.

Agensi berkenaan menegaskan angka yang diumumkan masih bersifat awal dan berkemungkinan lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Gelombang haba mula beransur reda di seluruh Perancis pada Ahad selepas beberapa hari negara itu berdepan suhu yang amat tinggi melebihi 40 darjah Celsius yang direkodkan di banyak kawasan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN