PORT DICKSON: Seorang pemandu kereta maut selepas terbabit nahas dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Kilometer 13, Jalan Lukut-Sepang, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Saga dan Proton Wira serta sebuah treler jenis Scania G400. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Proton Wira cuba memotong sebuah kenderaan…










