PRN Johor: Calon `underdog’ PH mahu cabar `legasi BN di Pasir Raja

PRN Johor: Calon `underdog’ PH mahu cabar `legasi BN di Pasir Raja

Mohd Fakharuddin (empat dari kiri) bersama keluarga selepas hadir penamaan calon di Dewan Arena Segitiga di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​KOTA TINGGI: Mengakui statusnya sebagai calon `underdog’, namun calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja tidak merasa tertekan sebaliknya tekad mahu mencabar ‘legasi’ Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu.

 

Mohd Fakharuddin Moslim berdepan saingan tiga penjuru menentang calon daripada BN, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Perikatan Nasional (PN), Yuhanita Yunan.

 

​Menurutnya, status `underdog’ tersebut sedikit pun tidak memberi tekanan kepadanya untuk mencabar kubu kuat dan legasi BN di kawasan berkenaan.

 

“Saya datang sebagai `underdog’. Saya tak rasa saya berada dalam tekanan untuk mencabar legasi BN di Pasir Raja ini.

 

“Namun begitu, sekarang ini kita ramai pengundi muda dan saya yakin pengundi muda juga ada pandangan mereka tersendiri.

 

“Apatah lagi saya melihat hari ini parti-parti yang bertanding ini, semuanya saya lihat tak stabil. Sama ada PN ataupun BN, mudah-mudahan apa yang berlaku di kalangan mereka itu memberi sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan,” katanya ditemui pemberita selepas penamaan calon di Dewan Arena Segitiga di sini, hari ini.

 

​Mohd Fakharuddin berkata, dia bertekad untuk merapatkan jurang ekonomi dan membawa pembangunan setara demi masa depan generasi muda di kawasan itu.

 

“Apa yang saya tekankan ialah soal pembangunan yang setara. Seperti yang disebut oleh pimpinan, kita nak fokus supaya Kota Tinggi juga maju sama seperti Johor Bahru. 

 

“Jadi tidak ada jurang pendapatan yang melebar di antara Johor Bahru dan Kota Tinggi dan saya nak orang-orang muda, belia, berkhidmat di kawasan Kota Tinggi kerana saya lihat Kota Tinggi ini banyak peluang yang boleh kita teroka,” katanya lagi.

 

​Beliau turut menzahirkan rasa syukur apabila proses penamaan calon berjalan lancar dan semua kertas pencalonan diterima tanpa sebarang masalah teknikal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN