Dua lagi suspek buli MRSM ditahan - Utusan Malaysia

Dua lagi suspek buli MRSM ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini ditahan petang ini bagi membantu siasatan kes buli melibatkan seorang pelajar tingkatan dua di sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 15 tahun itu ditahan pukul 4 petang iniselepas hadir bersama keluarga di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Besut.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu lagi laporan polis daripada seorang lagi pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mendakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama kira-kira pukul 3.58 petang semalam.

“Mangsa kedua memaklumkan telah dibuli oleh pelajar-pelajar sama dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam, pada 24 Jun lalu di asrama putera MRSM Besut.

“Mangsa juga mengalami kecederaan sakit di bahagian kaki kanan dan kiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua pelajar dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, lima pelajar berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun direman selama tiga hari bermula Jumaat selepas dipercayai terlibat dalam kejadian buli terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN