Bau busuk bawa kepada penemuan mayat guru

Bau busuk bawa kepada penemuan mayat guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bau busuk yang datang dari sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya, dekat sini membawa kepada penemuan mayat seorang guru wanita.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, mayat, Lo Kwan Fong, 39, ditemukan dalam keadaan sudah reput di dalam rumah tersebut.

Menurut beliau, jiran mangsa tampil membuat laporan pada pukul 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari, Khamis lalu.

“Siasatan lanjut mendapati wanita yang bekerja sebagai guru dan tinggal bersendirian berkenaan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang belum berkahwin dan bertugas di sebuah sekolah di kawasan Taman Tunku Aminah, di sini dilaporkan tidak datang bekerja sejak 24 September tahun lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis masih mengesan waris mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN