‘Band muda bersuara lawan buli & semai cinta negara’

‘Band muda bersuara lawan buli & semai cinta negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan ‘BluntSheep’ mengakui penghasilan lagu mereka adalah antara inisiatif mereka untuk sebarkan mesej anti buli selain menanam nilai cintakan negara.

‘BluntSheep’ menjadikan isu buli sebagai salah satu tema utama dalam album mereka walaupun tiada ahli kumpulan yang pernah melalui pengalaman itu secara langsung.

“Kami tak pernah dibuli, tapi kami sedar ramai pelajar takut ke sekolah kerana budaya buli. Bagi kami, tiada siapa pun yang patut diberi ruang untuk menjadi pembuli,” kata mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi lagu dan muzik video, ‘BluntSheep’ mahu menyampaikan mesej bahawa buli bukan sekadar salah laku, tetapi perbuatan yang boleh menghancurkan keyakinan diri seseorang.

“Kami ingin menjadi suara untuk kawan-kawan sebaya yang takut nak bersuara.” kata Umar dalam temubual.

Muncul sebagai band termuda, ‘BluntSheep’ berani melangkah ke dalam industri muzik tempatan membina nama apabila melancarkan mini album istimewa berjudul DI PUNCAK DUNIA.

Kumpulan ini dianggotai oleh tiga anak muda berusia 18 tahun iaitu Atta Rumnan, Umar Naufal dan Mosses.

Pelancaran mini album ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures dan penerbit terkenal Apak, yang melihat potensi mereka sebagai pelapis dalam industri.

Menariknya, walaupun sibuk membina nama dalam industri, anggota Blentsheep tetap meneruskan pengajiannya di peringkat universiti.

“Kami utamakan pengurusan masa, walaupun sibuk dengan muzik, kami tidak akan abaikan pelajaran dan sekarang pun kami masing-masing sedang melanjutkan pelajaran di Universiti. ” ujar vokalis kumpulan, Atta.

Sementara itu, ‘BluntSheep’ tidak menolak peluang berkolaborasi dengan artis tempatan seperti Amy Search atau band M.A.D

Mengambil inspirasi daripada kumpulan tempatan seperti Hujan, Kromo serta band antarabangsa My Chemical Romance (MCR), ‘BluntSheep’ berharap muzik mereka mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami berharap album ini diterima masyarakat, sekaligus menempatkan kami setara di peringkat antarabangsa.” ujar mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini