Bapa rogol anak sendiri dihukum penjara 10 tahun, 20 kali sebatan

Bapa rogol anak sendiri dihukum penjara 10 tahun, 20 kali sebatan

Bapa rogol anak
SEORANG pemandu lori dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya sendiri, di Mahkamah Sesyen, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan seorang bapa durjana memperkosa anaknya sebanyak dua kali akhirnya berbalas apabila dipenjara 10 tahun dan dikenakan 20 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pemandu lori berumur 37 tahun itu selepas dia mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut pada kali pertama merogol anaknya yang ketika itu berumur 10 tahun dekat ruang tamu sebuah rumah di Meru kira-kira pukul 3 petang, 10 November 2024 dan mengulanginya enam bulan kemudian dekat bilik belakang di rumah sama pada 17 Mei lalu kira-kira pukul 7 pagi.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan dua siri rogol itu ketika isterinya tidak berada di rumah.

Justeru, bapa kepada dua orang anak itu dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi sebelum pendengaran mitigasi memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh, mengambil kira perbuatan yang dilakukannya sangat berat.

“Tertuduh diberikan amanah untuk menjaga anaknya tetapi mengkhianati amanah tersebut. Malah mangsa mengalami trauma akibat kejadian itu. Jadi, mohon mahkamah kenakan hukuman berat ke atas tertuduh,” katanya.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam kemudian merayu kepada mahkamah supayaa mengurangkan hukuman memandangkan dia satu-satunya ahli keluarga yang bekerja bagi menyara hidup isteri dan anak-anaknya.

“Saya menyesal melakukan perbuatan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya. Saya bertaubat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN