Agenda reformasi pendidikan disejajarkan dalam PPPM 2026-2035

Agenda reformasi pendidikan disejajarkan dalam PPPM 2026-2035

AZMAN Adnan (kanan) melihat seorang pelajar membuat roti semasa lawatan ke SMK Adela, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Agenda reformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) akan disejajarkan ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, langkah itu antara usaha berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini pada masa akan datang.

“Reformasi pendidikan ini dimulakan pada tahun 2023, iaitu sudah masuk tahun kedua dan kita memberikan fokus terhadap perkara penting untuk diselarikan (dalam pelan pembangunan).

“Ini agar ia dapat disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam perkembangan negara dan juga global. Justeru, kita menyasarkan tempoh 2026 hingga 2035, reformasi pendidikan ini diseiringkan dengan PPPM yang baharu,” katanya ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Adela, dekat sini, hari ini.

Tegasnya, usaha itu penting dalam memastikan institusi sekolah membekalkan modal insan yang berpendidikan berkualiti untuk keperluan negara.

Beliau juga memaklumkan reformasi pendidikan yang dilaksanakan memberi fokus dalam enam perkara, iaitu intervensi kurikulum, penyelarasan prasekolah, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pendidikan digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) serta penguasaan bahasa. 

Katanya, usaha itu dilaksanakan menerusi siri jelajah dan lawatan ke sekolah, sekali gus menekankan KPM mempunyai harapan yang tinggi dan akan terus berusaha bagi memperkukuhkan sistem pendidikan demi masa depan kira-kira 5.2 juta murid dan pelajar di negara ini.

“Dengan kekuatan lebih 400,000 guru, saya yakin kita akan dapat memandaikan anak-anak kita di 10,238 buah sekolah ini ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN