KUANTAN: UMNO tidak tamak untuk memohon dua jawatan menteri dalam Kabinet sekiranya jawatan tersebut dikosongkan berikutan kekalahan dua menteri dalam pemilihan PKR, semalam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan tersebut adalah kuota untuk PKR. “Itu adalah kuota untuk mereka. Jadi saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO. Kita bersyukur kerana ada tujuh menteri UMNO dalam barisan jemaah menteri sekarang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Eastern International TVET Pahang di Pusat Komersial Bandar Gambang, di sini semalam. Ahmad Zahid yang juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya