Hanya dengan melakukan suai padan pada beberapa perabot dan aksesori berjaya membangkitkan gaya vintaj di kediaman ini. Cita rasa pemilik yang gemarkan konsep malar segar membuatkan mahligai ini tampil menarik dan tidak lapuk dek zaman walaupun susun atur dan aksesori banyak mengetengahkan gaya klasik atau vintaj. Pemilik, Junaidah Meor Hassan berkata, gaya yang dipilih seiring dengan usianya yang menjangkau 65 tahun. “Saya sukakan suasana vintaj, jadi konsep malar segar menepati…










