Polis masih siasat kematian pelajar terjatuh dari tingkat tiga sekolah

Polis masih siasat kematian pelajar terjatuh dari tingkat tiga sekolah

Alzafny Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis masih meneruskan siasatan berhubung seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di sebuah sekolah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.48 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan serta tindakan lanjut.

“Mangsa yang berusia 16 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di kawasan bangunan sekolah berkenaan. Pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian serta mengenal pasti beberapa individu yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis sedang meneruskan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi-saksi serta laporan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN