Jangan sorok isu keselamatan di sekolah - KPN

Jangan sorok isu keselamatan di sekolah – KPN

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang isu keselamatan di sekolah mesti dilaporkan dengan segera tanpa ada pihak cuba menyembunyikannya semata-mata demi menjaga nama baik institusi.

Bagi memastikan perkara itu, hubungan erat antara pihak sekolah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperkukuhkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM menerusi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah termasuk melakukan lawatan secara berkala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keselamatan sekolah merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara PDRM, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Banyak perkara yang berlaku di luar dugaan memerlukan perhatian bukan sahaja daripada polis tetapi juga pihak sekolah dan ibu bapa melalui sinergi PDRM, KPM dan PIBG,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan Jururunding PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai keperluan PDRM dan KPM membincangkan semula langkah keselamatan tambahan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), katanya, perkara tersebut sememangnya kerap dibincangkan.

“PDRM menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) sentiasa mengarahkan pegawai menjalankan rondaan,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Khalid berkata, siasatan membabitkan kes kematian pelajar 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor masih dijalankan secara menyeluruh.

“Suspek berusia 16 tahun telah ditahan dan direman selama enam hari bagi siasatan lanjut. Berdasarkan maklumat semasa, kami yakin kes ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN