PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan berpeluang untuk menamatkan kempen Piala Negara-Negara sekurang-kurangnya di kedudukan kelima terbaik selepas mereka menewaskan Amerika Syarikat 4-2 dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan di Capte Town, Afrika Selatan, hari ini.
Bagaimanapun, skuad kendalian Brendon Carolan itu terlebih dahulu ketinggalan seawal minit pertama permainan hasil jaringan pukulan sudut penalti Sekayi Charasika.
AS menggandakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi gol padang Alberto Montilla sebelum Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol penyamaan masing-masing pada minit ke-32 dan ke-39.
Faizal Saari meletakkan pasukan kebangsaan di hadapan pada minit ke-52 sebelum Faris Harizan meledak gol kemenangan tiga minit kemudian.
Malaysia akan bertemu sama ada Ireland atau pun Scotland bagi tempat kelima dan keenam, esok. – UTUSAN










