KUALA NERUS: Seorang pesara guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bakal menunaikan fardu haji hasil simpanan RM20 sebulan di dalam akaun Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) selama 40 tahun. Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Ketengah Jaya, dekat sini berkata, dia mula menabung di akaun Tabung Haji melalui potongan gaji apabila dilantik sebagai guru Tabika Kemas di Besut pada 1981. Katanya, potongan gaji tersebut dibuat sehingga dia pencen…










