Polis Johor lumpuhkan 17 sindiket dadah, rampasan lebih RM75 juta

Polis Johor lumpuhkan 17 sindiket dadah, rampasan lebih RM75 juta

M. KUMAR membuat pemeriksaan kawalan kehormatan pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor di IPK Johor, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor melumpuhkan 17 sindiket pengedaran dadah dengan menahan 45 ahlinya sejak awal tahun ini hingga bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya turut merampas dadah bernilai RM75.85 juta dan nilai sitaan pelbagai aset berjumlah RM2.07 juta.

“Dalam tempoh Januari sehingga April lalu, JSJN turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila membuat sebanyak 8,598 tangkapan atas pelbagai kesalahan dadah.

“Bagi tempoh yang sama, sejumlah 878.86 kilogram (kg) dan 3,643.77 liter dadah berjaya dirampas dalam beberapa siri serbuan dan operasi,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar turut memuji Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Johor yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 2 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 dan 6 yang berjaya menyelesaikan lapan kes sisa elektronik (e-waste) dengan jumlah rampasan hampir RM274 juta.

“Pasukan tersebut turut berjaya menumpaskan 25 kegiatan kontraban berkaitan penyeludupan minuman keras dan rokok dengan nilaian rampasan berjumlah RM3.98 juta serta dua kes penyelewengan minyak bersubsidi membabitkan rampasan RM172,527,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN