BEIRUT: Hizbullah menegaskan haknya untuk mempertahankan diri susulan beberapa serangan Israel di selatan Lubnan. Kumpulan itu berhak berbuat demikian meskipun terdapat gencatan senjata antara kedua-dua pihak dan perjanjian rangka kerja tiga hala yang turut melibatkan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik. Dalam satu kenyataan semalam, kumpulan itu berkata, tindakan Israel merupakan pelanggaran jelas terhadap gencatan senjata yang didakwa dipatuhinya sehingga kini. Ia menambah pihaknya sedang memantau dan menjejaki pelanggaran tersebut…










