PM terima kunjungan Biduanita Negara

PM terima kunjungan Biduanita Negara

ANWAR Ibrahim (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang mewakili Yayasan Nurjiwa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang mewakili Yayasan Nurjiwa.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Perdana Menteri berkata, pelbagai topik dibincangkan termasuk peranan penting yang boleh dimainkan oleh penyanyi nombor satu negara yang lebih mesra dipanggil Tok Ti.

“Ini termasuk peranan yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza dalam mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini.

“Kami turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu,” katanya semasa menerima kunjungan di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN