Peniaga tidak konsisten punca MyKiosk terbiar

Peniaga tidak konsisten punca MyKiosk terbiar

ANTARA kiosk yang kelihatan kosong di sekitar kawasan Kangar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kebanyakkan kemudahan MyKiosk hasil inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri ini kelihatan kosong atau terbiar disebabkan terdapat peniaga yang tidak konsisten menjalankan perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, peniaga yang menyewa kemudahan MyKiosk perlu memanfaatkan inisiatif tersebut dengan sebaik mungkin bagi membantu mereka menambah pendapatan.

Katanya, beliau mendapati masih ramai peniaga yang ‘on-off’ atau beroperasi secara tidak konsisten sehingga menyaksikan kemudahan tersebut sering kali kelihatan kosong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya, banyak kiosk yang telah diisi oleh peniaga namun keadaan masih nampak kosong apabila ada yang tak beroperasi sebab peniaga ini ada yang on-off (buka dan tutup). Kita harap peniaga dapat menggunakan peluang dalam tempoh enam bulan pertama yang kadar sewanya diberikan secara percuma itu untuk melipatkan gandakan usaha,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri KPKT, Nga Kor Ming menafikan dakwaan kononnya inisiatif MyKiosk adalah merupakan projek ‘gajah putih’.

Ia dibangkitkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mengatakan projek berkenaan dianggap membazir dan tidak praktikal.

Projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan menyediakan ruang niaga selamat dan selesa.

Asrul Aimran berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sentiasa mengusulkan kepada KPKT berhubung pandangan dan rungutan penyewa.

Katanya, kemudahan MyKiosk merupakan usaha yang cukup baik bagi mengurangkan lambakan gerai di tepi jalan. 

“Sewaan kiosk adalah murah iaitu RM300 sebulan atau RM10 sehari dengan syarat permohonan terbuka kepada mana-mana usahawan khususnya golongan B40. 

“Peniaga tidak dibenar untuk menyewakan kiosk ini kepada pihak lain kerana itu bukan cetusan awal pelaksanaan inisiatif ini, yang mana objektifnya bagi membantu peniaga dan anak muda,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini