PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, amalan pemanduan berhemah perlu diterapkan pada setiap hari bukan hanya pada musim perayaan sahaja bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya berkata, trend penurunan kemalangan mesti dibudayakan setiap hari termasuk hari bekerja dan hujung minggu. Langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan…










