Pelajar hadiahkan keluarga kereta pertama

Pelajar hadiahkan keluarga kereta pertama

NURUL Syafika Abdullah (tengah) bersama ibunya ketika menerima kereta daripada UNITAR Cawangan Kuala Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Keluarga kami hanya ada motosikal, dengan rezeki menang kereta ini dapatlah saya hadiahkannya buat ibu dan ayah.”

Demikian kata Nurul Syafika Abdullah, 19, penuntut Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) Cawangan Kuala Terengganu, yang tidak menyangka keputusannya untuk menyambung pelajaran di universiti swasta itu membawa tuah apabila dia memenangi sebuah Perodua Axia.

Gadis berasal dari Jerteh dekat sini itu berkata, kereta tersebut sangat bermakna buat dirinya dan keluarga memandangkan keluarganya tidak pernah memiliki kereta sebelum ini.

“Selama ini saya dan adik-adik hanya naik motosikal ke sekolah, saya sangat bersyukur dengan rezeki menang kereta ini,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, bapanya, Muhammad Faizal Nawi, 43, bekerja sebagai petani manakala ibunya, Roslina Rahiazura Abdul Rahim, 40, merupakan suri rumah sepenuh masa.

Pelajar jurusan diploma pendidikan awal kanak-kanak itu berkata, dia terkejut apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang kempen ‘13 Kereta, 13 Pemenang. Seluruh Negara!’ anjuran Kumpulan Pendidikan UNITAR, baru-baru ini.

“Pada awalnya saya tidak percaya apabila pihak UNITAR menelefon memberitahu saya menang kereta. Saya mengalirkan air mata apabila tahu memang benar saya dapat kereta.

“Selama ini memang agak sukar untuk kami sekeluarga bergerak ke mana-mana, kami terpaksa berhujan dan berpanas menunggang motosikal. Bila sudah ada kereta ini, boleh ibu dan bapa saya guna untuk ke kebun dan ke pasar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya