PETALING JAYA: Malaysia dan Russia akan meneruskan hubungan diplomatik dan persahabatan yang telah terjalin sejak 1967.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap Presiden Russia, Vladimir Putin memberi sokongan bagi melaksanakan projek kerjasama dua hala dalam bidang teknologi makanan, nuklear dan ketenteraan.
“Telah tiba masanya untuk merealisasikan kerjasama selepas beberapa siri perbincangan dan memorandum persefahaman.
“Justeru kami memastikan kerjasama ini akan meliputi semua bidang,” katanya dalam pertemuan bersama Putin di Kremlin hari ini.
Anwar yang kini dalam rangka lawatan selama empat hari ke Russia berkata, pertemuan itu penting untuk perbincangan secara meluas dengan komuniti perniagaan dan pemain industri.-UTUSAN